Tuesday, November 30, 2010

Belida@chitala chitala






Belida@chitala chitala merupakan spesis ikan air tawar yang tidak asing di negara kita. Kelembutan pergerakan Belida menarik minat ramai peminat akuarium untuk membelanya. Belida boleh didapati hampir semua sungai air tawar di semenanjung dan kawasan borneo.Ia turut menghuni di kawasan lombong dan tasik bekongsi habitat dengan pemangsa ganas seperti Toman.Belida juga di kategori sebagai



 ikan pemangsa dimana memakan anak-anak ikan dan spesis ikan kecil serta serangga-serangga kecil.

Kelembutan pergerakan dan sentiasa bersembunyi di celah kayu atau batu menjadikan ia mudah menyerang hendap terhadap mangsa. Kalau di lihat di sungai-sungai, kadang-kadnag boleh dilihat kelibat Belida melakukan libasan sama ada untuk mendapatkan udara atau menyerang mangsa yang berada berdekatan di permukaan.Kehebatan Belida melakukan akrobatik ketika bertarung  menjadi ketagihan sebilangan pemancing. Daya juangnya cukup kuat da sering kali menyebabkan pemancing berputih mata terutama ketika melakukan aksi akrobatik sebaik sahaja terkena cakukan mata kail.Isinya sedap dan manis,namun jumlah tulang halus yang banyak menyebabkan tidak menjadi pilihan utama untuk dimakan.Teknik pancingan yang biasa digunakan adalah pancingan berumpankan anak terbol atau seluang yang menjadi makanan utama Belida.Sejak pancingan gewang semakin popular akhir-akhir ini, Belida mudah terjerat terutama menggunakan gewang selaman dalam atau soft plastic. Kaedah pancingan layang turut berkesan kerana fly yang mirip serangga mampu memperdaya sang Belida ini.



Saiz belida adakalanya mencecah sehingga 1meter panjang. Kepuasan untuk pemancing bila menewaskan Belida dengan joran aksi ringan.








 Aksi ikan terhandal malaysia: Belida.

Read more >>

Sunday, November 28, 2010

Tapah @wallago attu






 Tapah @ wallago attu ,merupakan ikan pemangsa air tawar. Tapah menghuni di sungai dan tasik di sekitar semenanjung , Sabah dan Sarawak. Tapah biasanya akan menghuni di dasar sungai atau tasik yang berlumpur. Ia akan sentiasa menunggu mangsa terutama anak- anak ikan untuk manjadi habuannya semasa di dasar.Pergerakan yang lembut dan perlahan ada kalanya mampu menyebabkan mangsa tertipu dan terperangkap.Saiz Tapah mampu membesar sehingga 2.4m dan boleh menyebabkan perahu terbalik apabila pemancing bertarung dengannya.

Pelbagai kisah yang dapat kita dengar
mengnai Tapah. Diantaranya adalah kemampuan seekor Tapah gergasi yang menyerang seekor anak kera yang bergayut di dahan pokok yang berjuntai berdekatan permukaan sungai. Kisah tersebut
menunjukkan betapa hebatnya Tapah menerbangkan diri untuk membaham anak kera tersebut. Dan pelbagai lagi kisah yang menarik mengenai kehebatan
Tapah ini. Dengan susunan gigi halus yang tajam dan kuat menunjukkan Tapah mampu memutuskan atau
mengoyakkan daging dengan mudah. Pelbagai teknik untuk memerangkap Tapah ketika memancing, antaranya  adalah dengan mengikat seekor anak itik sebagai umpan. Namun teknik tersebut agak melampau.
Sekarang dengan adanya teknik menunda gewang yang semakin popular, ada beberapa kumpulan pemancing terutama dari Sarawak yang banyak menumpaskan Tapah dengan teknik ini. Kepada pemancing ekstrem yang meminati pancingan ikan besar memang sesuai menjadikan ikan ini sebagai ikan sasaran.























 Video aksi ikan terhandal Malaysia : Tapah



Read more >>

Tuesday, November 16, 2010

Shimano Twin Power 8000PG

Twin Power 8000PG
Shimano Twin Power 8000PG merupakan salah satu keluaran kekili Shimano yang bermutu tinggi. Sebelum terhasilnya Twin Power SW  yang di pertingkatkan prestasi, Twin Power ini berkedudukan satu tangga di belakang Stella yang merupakan kekili terbaik kategori spinning keluaran Shimano. Kekili ini saya akan dipadankan

dengan rod PE 4 atau 5 untuk kategori jigging pertengahan. Saya telah menggunakan kekili ini ketika melakukan jigging di Malta dimana lokasi yang mempunyai kedalaman hampir 200m. Jigging seharian tidak memenatkan kerana kelancaran ketika karauan dan berat yang hanya 560gm. Sistem tegangan drag yang baik menjadikan ia pilihan yang tepat untuk saya membelinya pada tahun 2007.


Designed good for jigging

Most of shimano reel have the lube hole for easy maintenance

The excellent drag system are advantage of Shimano reel.
Read more >>

Daiwa Kix Freams 4000




Kix Freams 4000 merupakan kekili keluaran Daiwa yang mempunyai kualiti yang baik. Ringan dan teguh yang boleh saya perkatakan mengenai kekili ini. Di beli dari salah satu kedai pancing yang tersohor di Kelang, iaitu JT bazaar, port klang. Setelah digunakan sejak tahun 2006,kelancaran kekili ini terbukti dengan kelancaran fungsi drag ketika bertarung dengan beberapa ikan yang bersauz mega. Dengan berunsurkan REAL FOUR system, kekili ini sangat sesuai dengan pelbagai teknik memancing termasuklah casting dan jigging.


I filled the spool with 20lb braided line.


Aluminum spool prevent from rust

Compact and tough


Nice finishing


Real Engine,Real Endurance,Real Control,Real Custom


Suitable for casting,jigging and down rigger technique.
Berikut sedikit spesifikasi Daiwa Kix Fream 4000



Revolution ratio
cm/rev
Gear ratio
Weight
(g)
Max Drag
(kg)
Line Capacity
Ball Bearings
86
4.9
395g
8.0
16lb(0.330mm)-250m
20lb(0.370mm)-200m

25lb(0.405mm)-150m
4/1

Read more >>

Monday, November 15, 2010

Rapala equipment



2 Nov 2010.Setelah tamat bekhidmat di atas kapal MS Seri Balhaf,kami sekumpulan di beri penginapan 1 malam di Beaumont sebelum bertolak ke Houston pada keesokan hari. Kami mengambil kesempatan keluar untuk mencari seseuatu sebagai kenangan.Kami sempat singgah di sebuah kedai peralatan sukan yang besar dan menakjubkan. Kedai tersebut menjual pelbagai peralatan dan pakaian dari aktiviti memancing hingga ke gimnasium.



Kedai tersebut turut mempunyai pelbagai peralatan yang agak sukar untuk didapati di Malaysia. Kesempatan diambil dengan membeli beberapa peralatan memancing sebagai sebahagian untuk koleksi peribadi. Alangka baiknya di Malaysia mempunyai Shopping Mall sedemikian rupa di mana semua aktiviti sukan di gabungkan didalam satu tempat. Sekurang kurangnya dapat mengangkat sukan memancing setaraf sukan sukan yang sudah sedia ada.


4" Fillet knife


Unique carving of Rapala at the handle.



J Martini Finland


Split Ring Pliers

 
Pliers and Shear Combo.

 
Read more >>

Saturday, November 13, 2010

Soca Monarch 2010

Trinidad & Tobaggo merupakan salah satu negaradi kepulauan Caribbean.Pulau yang punuh dengan sejarah penjajahan Sepanyol,Portugal dan Inggeris ini mempunyai pelbagai budaya yang tersendiri. Port Of Spain adalah ibu negara untuk Trinidad &Tobaggo. Negara ini terbahagi dua kepulauan besar iaitu Pulau Trinidad dan Pulau Tobago yang membawa kepada nama negara tersebut.




Lokasi Port Of Spain.



MS Seri Balhaf pada ketika itu diarahkan oleh pihak penyewa untuk berlabuh di Port Of Spain. MS Seri Balhaf baru sahaja keluar dari Altamira Mexico setelah selesai operasi kargo. Ketika berlabuh , anak -nak kapal ambil kesempatan untuk memancing. Pelabagai jenis ikan dapat di naikkan di sini.Rata-rata ikan agak besar berskala 1kg-3kg. Yang menarik nya adalah  spesis tebal pipi yang bersaiz besar. Mungkin kerana kedudukan kepulauan yang bersebelahan lautan Atlantik yang membolehkan ikan ini membesar lebih besar dari di Malaysia.

MS SERI BALHAF

Pada satu malam ketika memancing berumpankan udang, Pancing yang di biarkan bersandar di tepi pagar kapal, hampir terbang kerana tarikan yang kuat dari dasar. Pergelutan dengan ikan mengambil masa lebih kurang 1 jam sebelum ikan menunjukkan muka. Tanpa di sangka seekor Pari yang besar terapung di permukaan. Pari tersebut diangkat menggunakan baskul disebabkan ketinggian kapal melebihi 10 meter.













Kepuasan menewaskan pari seberat 15 kg dengan menggunakan set 20lb sahaja amat mengujakan.







 



Heavy...pride and joy of Seri Balhaf....SALUTE!!!




Read more >>

Thursday, November 11, 2010

My first Giant Trevally.....2007

Setelah mendapat keputusan yang begitu baik ketika memancing di Bataan , Filipina, Destinasi yang berikutnya adalah kepulauan Cebu salah satu kawasan di Filipina. Cebu terkenal dengan destinasi pelancongan, airnya jernih sehingga boleh nampak anak-anak ikan bermain- main di dasar.Yang menarik mengenai Pulau Cebu ini adalah ianya merupakan salah satu destinasi perhentian Ferdinand Magellan ketika melakukan ekspedisi mengelilingi dunia buat kali yang pertama.

Lokasi Cebu .



Ketika kapal berlabuh di jeti Petronas Cebu, saya dpat melihat kejernihan air laut nya yang begitu bersih. Saya memancing sehingga terleka akan keindahan kepulauan tersebut. Sedang melakukan aktiviti casting di tepi kapal, tiba- tiba satu sambaran yang begitu kuat hingga menyebabkan rod 20lb saya menunduk seolah-olah tewas akan larian ikan misteri itu.Ikan tersebut terus memecut sehingga tali di gelendung seakan kehabisan. Saya hanya mampu bertahan dan tidak mampu mengangkat joran sehingga larian deras itu berhenti. Saya tidak sedari gelendung saya mengeluarkan asap mungkin disebabkan saki baki garam di celahan tali pancing. Dengan cermat saya mengepam ikan tesebut keatas,namun dengan berbekal kan joran 20lb agak sukar bagi saya. Setelah 1 jam bertarung baru lah ikan misteri tersebut menunjukkan muka tanda menyerah. Terkejut saya kerana ikan misteri tersebut adalah seekor gerepoh yang mana saya tidak pernah langsung berpeluang untuk memancing nya. Dengan bantuan rakan-rakan ,ikan tersebut berjaya dinaikkan dengan menggunakan bakul kerana ketinggian kapal yang sukar untuk menaikkan ikan.





Setelah di timbang, Gerepoh tersebut bersekala 8.5 kg. Sungguh puas menewaskan ikan sasaran dengan hanya menggunakan set 20lb.Gewang yang di gunakan pada waktu itu adalah Rapala Magnum Countdown berwarna biru.
 



88cm panjang





Read more >>

Bandang@Ladyfish

MT Konsep Maju yang juga merupakan kapal yang membawa kargo LPG.Kapal ini membawa kargo dari Bintulu ,Malaysia ke negara pengimport seperti Filipina,Indonesia ,Hongkong dan Singapura. Salah stau destinasi kapal ini turut mempunyai potensi yang baik untuk memancing menggunakan teknik casting. Lokasi yang dimaksudkan adalah Bataan,Filipina. Bataan merupakan tempat yang bersejarah untuk rakyat Filipina dimana, pada perang dunia ke 2, tempat ini merupakan benteng terakhir  tentera Amerika dan Filipina sebelum ditawan tentera Jepun. Lokasi ini juga terkenal dengan "Death March" di mana askar tawanan di bunuh kejam oleh tentera Jepun.

Lokasi Bataan, Filipina.




Filipina memang terkenal dengan sebuah negara kepulauan yang mempunyai pelbagai lokasi pelancongan yang menarik.Kedalaman air yang menjangkau melebihi 300 meter menyebabkan pelbagai ikan besaiz gadang yang menghuni persekitaran pulau tersebut. Ketika kapal menghampiri daratan pulau Luzon, kami boleh melihat nelayan-nelayan Filipina yang membawa ikan tuna didalam bot nelayan mereka yang mempunyai reka bentuk katamaran. Ketika kapal mula menghampiri jeti untuk berlabuh, Didapati segerombolan ikan Bulan(tarpoon) bermain-main di tepi kapal.Bermula cubaan memancing menggunakan taknik casting di mana penggunaan gewang selaman cetek untuk menduka ikan Bulan ini. Ketika tengah asyik melayan aksi Tarpoon yang rata rata bersekala 500g ke 1.5 kg, kami dapat melihat beberapa kelibat ikan yang panjang dan bergerak dengan deras di permukaan. Kami sangkakan Tenggiri, namun sangkaan kami meleset apabila salah seorang dari kami yang menggunakan popper terkena seekor bandang yang begitu panjang. Yang menariknya, bandang ini melakukan aksi akrobatik( mild seven) berkali kali sebelum di tewaskan. Kami terus menukar kepada penggunaan gewang popper. Double hook up sering berlaku yang menyeronokkan lagi suasana.Rata - rata pemancing menggunakan set 20pound, set yang agak sesuai memancing di sini. Ada juga beberapa kes popper di baham ikan misteri yang begitu kuat hingga menyebabkan mata kail lurus sebelum melepaskan diri.


Bandang yang tewas dengan popper
5kg Bandang yang tidak pernah melihat popper
Reka bentuk ekor yang berupa gunting mampu melakukan pecutan yang manakjubkan. Beberapa kali popper di larikan bandang kerana pecutan yang susah untuk dikekang dengan hanya menggunakan perambut 30 pound. Kami terpaksa meningkatkan kepada 50 pound untuk mengekang larian Bandang ini.



Popper yang calar balar di belasah bandang.
Setelah mendaratkan beberapa ekor Bandang, barulah kami di beritahu oleh penduduk setempat bahawa ikan ini adalah salah sati ikan kebangsaan mereka.Patutlah ikan ini begitu banyak dan rakus.Di harap suatu hari nanti dpat melakukan penggambaran memancing Bandang di Bataan.








 
Read more >>

Tuesday, November 9, 2010

MT Bunga Kekwa 2006

   MT Bunga Kekwa merupakan salah satu kapal milik MISC yang membawa kargo Gas Petroleum Cecair(LPG). Walaupun hanya membawa kargo untuk pelayaran di kawasan perairan semenanjung Malaysia, namun hampir semua pelabuhan mempunyai potensi memancing yang hebat. Antara pelabuhan yang menarik termasuklah Pelabuhan Petronas Sungai Udang Melaka, Pelabuhan Petronas Kemaman dan Pelabuhan Petronas Kerteh. Ramai anak anak kapal mengambil kesempatan untuk memancing terutama ketika mereka tidak bertugas. Rata rata teknik pancingan yang di lakikan adalah pancingan dasar. Umpan yang di gunakan adalah, hirisan sotong, udang segar dan hirisan ikan tamban.

Namun umpan yang banyak menghasilkan tangkapan yang baik adalah cangkukan anak ikan tamban yang di perolehi dari teknik apollo di sekitar jeti dan badan kapal. Anak anak ikan tamban ini mungkin menjadi habuan utama ikan ikan pemangsa yang hidup di sekitar jeti. Jadi memang sesuai ikan tamban ini di jadikan umpan yang terbaik untuk kawasan pancing.Hasil pancingan di sekitar jeti ada kalanya terdiri dari gred yang baik contohnya kerapu, siakap,jenahak dan senangin. Di sini di lampirkan beberapa foto tangkapan yang masih di simpan.

Senangin 4kg

 

Jeti Sungai Udang merupakan lubuk senangin
                              
 

Kerapu yang terpedaya dengan umpan anak ikan tamban
                                            
                                          
Kerapu 2.5 kg di masak stim
                                                                                  

Antara senangin yang di tangkap.


               

2kg Gemang di Kemaman
                                                                                                                                                                                                  


Pari Lang mempunyai daya juang yang kuat.
                                                
Rekod peribadi pada tahun 2006 Pari Lang berskala 10 kg.
                              
Pengalaman memancing di atas kapal ini memang menarik. Ramai di kalangan pemancing di kapal ini mempunyai pengalaman yang luas dan ada diantara meraka mempunyai bot persendirian. Sebahagian dari mereka berasal dari Kedah,Terengganu, Perak, Selangor dan Sarawak. Kami banyak berkongsi pengalaman dan teknik pancingan yang pelbagai.    
      
                                                                         


Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget