Thursday, January 6, 2011

Reel Review : Pflueger Patriarch XT



9 double-shielded stainless steel ball bearings

One-way clutch instant anti-reverse bearing

Rigid aluminum frame with titanium coated aluminum sideplates

Ultimate Brake SystemTM combines centrifugal and magnetic brakes for a limitless range of cast control

Machined, ported and anodized aluminum spool

Main gear applies star drag system with carbon fiber washers

Precision cut aluminum gears with 6.4:1 gear ratio

Lightweight carbon fiber handle

Lightweight EVA knobs

Ultra lightweight design

Titanium Line Guide

Soft touch thumb bar spool release

Neoprene reel bag


                                        
Read more >>

Tuesday, January 4, 2011

Jigging Rod


     Pemilihan joran untuk teknik pancingan Jigging selalu menjadi tanda tanya kepada pemancing yang sedang berjinak-jinak dan mempelajari teknik yang efektif ini. Bila kita pergi ke kedai pancing kadang kala kita menjadi keliru akan joran yang mana kah sesuai di gunakan untuk teknik jigging ini. Apabila kita memasuki kedai pancing beratus ratus joran tersusun dan membuatkan kita rambang mata untuk memilih joran yang terbaik. Ada kalanya sesetengah pemancing agak segan untuk bertanya kepada tauke kedai, joran yang sesuai untuk Jigging. Perkara begini pernah berlaku kepada aku sendiri. Pernah aku bertanya kepada tauke tapi nak bagi tau macam nak tak nak aje.
   Di sini ada beberapa tip yang aku boleh syer terutama pemancing yang baru seperti aku. Kepada Jigger-jigger yang berpengalaman boleh lah kongsi sedikit melalui ruangan komen dibawah.
  Sebagai contoh aku menggunakan Rod Tenryu Jigzam II supaya mudah dalam penerangan.
 
     Pada umumnya joran Jigging mempunyai handle yang panjang . Handle yang panjang ini penting terutama ketika menggayakan atau menghenjut jig dan handle ini di letakkan di celah lengan. Cara ini mengurangkan kepenatan ketika melakukan henjutan. Selain itu panjang joran ini biasanya dalam lingkungan 4.5 kaki sehingga 6 kaki. Panjang joran juga adalah penting kerana joran yang panjang memerlukan jarak henjutan yang lebih besar dan memenatkan pemancing.


    Gambaran di atas adalah contoh untuk joran Jigging kekili mendatar dan menegak. Namun ada juga pilihan joran sebatang dan 11/2 batang di mana joran boleh di cabut pada handle nya.
    




       
  Cincin yang di gunakan adalah jenis tahan karat dan kuat. Cincin juga penting di mana mampu menahan geseran tali sulam terutama ketika menentang spesis perkasa yang menarik tali dengan laju dan jauh. Ini akan meningkatkan suhu pada permukaan cincin dan boleh mengakibatkan tali terputus atau pemukaan cincin terbelah.



  Material yang di gunakan adlah bahan campuran grafit modulus tinggi. Bahan campuran grafit boleh membuatkan joran menjadi lebih ringan dan kuat.




   Pemilihan PE lebih mudah dikira sebagai poundage jika kita memilih rod . Contohnya PE 3 bersamaan lebih kurang 30 pound. Pemilihan PE pada joran juga mesti selari dengan pemilihan tali yang mempunyai nilai yang sama supaya dapat mengelakkan daripada berlakunyan Kiasu. Namun sebahagian besar joran jigging yang di gunakan di perairan Malaysia adalah maksimum PE 4. Jadi kepada sesiapa yang baru mencuba rasanya eloklah menggunakan set PE 2-4.
   Jika kita lihat pada lure wt pula adalah range yang sesuai joran tersebut menggayakan berat jig. Jika kita menggunakan jig yang mempunyai berat yang kurang dari range oleh maker akan memberi kesan kepada persembahan jig yang lemah. Jika kita menggunakan jig yang lebih berat pula, akan menyebabkan joran cepat rosak kerana beban yang di gunakan  sudah melebihi.
  Joran jigging kebanyakkan mempunyai harga yang agak tinggi..Ada sesetengah rod yang boleh di kelaskan sebagai "mampu beli" antaranya adalah keluaran Shino, Awa-Shima, Lemax dan Abu Garcia Conolon.
Walaupun agak murah, tapi telah banyak terbukti akan prestasi dan tahan lama. Jadi terpulang kepada masing-masing untuk memilih joran yang terbaik untuk anda.
Read more >>

Sunday, January 2, 2011

1.1.2011

Begitu pantas masa berlalu sedar tidak sedar 2010 berlalu pergi. Pelbagai dugaan sudah tempuhi. Ada yang seronok ada yang tidak.Ada yang tidak mahu dilupakan dan ada yang sukar untuk di lupakan. Bagaimana pun di harap tahun 2011 akan menjadi lebih bermakna.
Tahun ini tidak banyak aktiviti mancing kerana sibuk dengan tugas...Yang boleh aku syer di sini adalah rekod baru yang telah di lakukan semasa memancing di  Trinidad & Tobaggo di mana Pari seberat 15 kg berjaya aku daratkan.

Lokasi yang paling menarik adalah Fujairah diman aku sempat menggunakan teknik jigging dan mendaratkan spesis pelagik seperti Baracudda dan Dorado.
Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011 semoga tahun ini aku akan mencipta lagi rekod menambah koleksi peribadi.
Read more >>

Saturday, January 1, 2011

Meeting- Joke of the day



Kalau dah macam ni pun tidur juga masa mesyuarat, kene pakai mata kail lagi besar la jawabnya

Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget