Showing posts with label Knot. Show all posts
Showing posts with label Knot. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Assist Hook Part 2




Memasang assist hook agak mudah. Tali kevlar yang digunakan akan bersimpul teguh selepas di ikat dan tidak perlu risau mata kail terlucut.Bagai manapun penggunaan tali kevlar dan mate kail bergantung kepada saiz ikan sasaran. Makin besar ikan sasaran, makin besarlah saiz atau poundage tali kevlar dan mata kail tersebut.

Di sini ada dua cara untuk memasang assist hook. Gambarajah diambil dari blog memancing rakan di sebabkan kualiti kamera yang kurang memuaskan.

SINGLE LINE









DOUBLE LINE





















Read more >>

Assist Hook






Assist hook penting untuk kaedah pancingan jigging. Pelbagai teknik dan rupa bentuk assist hook yang di gunakan oleh kaki jigging. Itu semua bergantung dengan situasi serta ikan sasaran dan kesesuaian di pasang pada jig.

Di sini aku ada bebrapa tips dari pengeluar mata kail jigging terkenal iaiatu Gamakatsu.






A. Tuned Assist HD
This new addition to our Assist hook line up is for the deep jigging, big fish specialist. They heavy duty hook is specially designed for this use comes in a tow sizes, 8/0 with 270 lb. braided line, and 10/0 with 300 lb. braided line. Both feature a solid ring at the top for easy and secure attachment to the jig.

B. Steel Assist With Magic Eye Swivel
Don’t sacrifice your favorite jig to toothy fish like Wahoo and Mackerel. This Assist Hook features our Magic Eye Swivel for the fast and easy attachment to the split ring on any jig. No pliers needed. 90 Lb. wire and a 4 x Strong Straight Eye Octopus hook make this the ultimate big game, toothy fish Assist Hook. Comes in 3/0 short version and 5/0 long version for the bigger jigs.

C. Assist 510
The Assist 510 features a curved point with an out barb that will not nick the leader if it were to catch the line. No vertical jig should be fished without one. The super strong braided line loop easily attached to any jig. One of the first Assist hooks introduce in the US and still the best designed. Sizes: 1 – 4/0.

D. Magnum Assist
Featuring a 200 lb. braided line loop and our 4 x Strong Octopus hook in 8/0 and 10/0. The Magnum Assist is perfect for lager Halibut Jigs and deep drop speed jigs.



Read more >>

Friday, December 24, 2010

Braided line Vs Mono line

Kalau dah nama memancing , pasti kita tidak lupa mengenai talinya. Penggunaan tali memainkan peranan penting pada aktiviti mancing ini. Kesesuaian jenis tali banyak bergantung pada teknik pancingan dan situasi@ keadaan tempat memancing. Lazim nya ada dua jenis tali yang banyak di gunakan sebagai tali utama yang tersusun rapi didalam gelendung kekili , iaitu tali benang dan tali monofilament. Tali mono biasa dipanggil sebagai tali tangsi di mana banyak di gunakan oleh pemancing yang menggunakan teknik pancingan dasar dan hanyut. Manakala tali benang @ sulam lebih banyak di gunakan untuk teknik pancingan yang menggunakan umpan tiruan seperti Jigging, Lure Casting, Popping dan Pancing layang. Mengapa kedua-dua jenis tali ini di gunakan pada teknik tertentu? Di post ini kita akan bincangkan melalui catatan artikel di bawah:

MONOFILAMENT LINE

Kelebihan@Advantage
  • Mempunyai daya renggangan yang baik. Penting terutama menahan asakan ikan dengan memberi serapan tenaga dari ikan dan memberi ruang apabila tali di tarik dengan kekuatan yang tinggi.
  • Halimunan didalam air. Satu kelebihan kerana sesetengah jenis ikan agak culas apabila dapat melihat tali didalam air. Sifat halimunan ini penting untuk pancingan dasar.
  • Mudah diselenggarakan. Mudah di cuci selepas memancing, terutama pancingan air masin yang akan menyebabkan selaput garam terbentuk di celah-celah tali pancing
  • Tiada unsur serapan air. Tali tidak akan menjadi lebih berat.
  • Mampu menahan geseran pada kayu,batu dan teritip.
  • Tidak mudah kusut.
Keburukan@ Disadvantage
  • Mempunyai diameter yang besar. Memerlukan gelendung yang besar untuk muatan tali yang lebih panjang.
  • Daya renggangan yang tinggi, namun kurang kuat jika menempuh asakan yang lebih lama.
  • Sensiviti yang lemah. Tidak sesuai untuk pancingan Jigging dan Casting.
  • Kerana mempunyai diameter yang besar, tidak boleh melakukan lontaran yang lancar dan tepat.
  • Hook up yang tidak baik dan mudah rabut.

BRAIDED LINE

Kelebihan@Advantage
  • Mempunyai diameter yang jauh lebih halus membolehkan jumlah tali yang lebih untuk gelendung yang kecil
  • Lebih sensitif di mana amat penting untuk teknik Jigging dan Casting ketika mempersembahkan gewang dan jig.
  • Kuat, mampu mengekang larian ikan untuk jangka masa panjang.
  • Diameter yang halus membolehkan lontaran yang jauh dan lancar. Penting untuk teknik Casting dan Popping. 
Keburukan@Disadvantage
  • Kuat , tetapi tidak mampu menahan tenaga secara tiba-tiba. Perlu di sambung kepada Shock Leader.
  • Tiada sifat halimunan yang menyebabkan ikan culas dengan keadaannya. Perlu disambungkan Shock Leader Floruocarbon yang bersifat halimunan yang lebih baik.
  • Mudah kusut dan sukar untuk di leraikan yang membawa kepada potongan pada tali yang kusut.
  • Perlu di cuci dengan kerap terutama terkena air masin. Dengan hanya di bilas dengan air tawar tidak mencukupi dan menyebabkan tali mudah reput. Tali perlu lebih kerap di keluarkan untuk di cuci dan di jemur dengan cahaya matahari.
Dari catatan diatas, dapat menunjukkan serba sedikit perbezaan tali sulam dan tali mono dan penggunaannya.
Dari segi harga, kita dapati dengan jelas tali sulam jauh lebih mahal, akan tetapi faktor minat kepada teknik pancingan yang menjadi penyebab pemancing perlu menggunakan tali sulam.Akan tetapi tali mono yang nampak ketinggalan penggunaan dari segi teknik, ianya masih penting kerana masih banyak ikan yang memerlukan teknik pancingan dasar untuk menjeratnya.
Read more >>

Wednesday, December 22, 2010

FG knot

 Menyambung tali sulam ke tali mono penting terutama kepada teknik pancingan jigging,poping dan lure casting. Ini adalah kerana tali utama yang di gunakan adalah tali sulam yang memberi kepada beberapa kelebihan. Maka, penyambungan mono dan sulam ini akan menyebabkan gumpalan atau ikatan yang kurang kemas akan tersangkut di cincin joran dan akan mengakibat lure tidak bebas keluar dan tersangkut. Ada beberapa teknik ikatan yang biasa digunakan termasuk FGknot dan Albright. Namun FG knot menjadi pilihan kerana keteguhan ikatan dan kelancaran ketika melakukan casting dan popping.

Berikut adalah gambaran cara menyambungkan tali sulam ke tali mono menggunakan ikatan FG. Imej yang ditempelkan adalah di ambil dari blog rakan oleh kerana ketidak sesuaian kamera ketika melakukan ikatan.
Harap maklum.



 











                                                                                                                           
 

                                                                                   


















 
                                                                                    













                 







Silarujuk pada video untuk keterangan lebih lanjut

Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget