Sunday, December 5, 2010

Empurau,Kelah@Tor douronensis


 Empurau,Kelah@Tor douronensis , salah satu spesis buruan pemancing yang mempunyai daya juang yang tinggi. Kelah mempunyai harga pasaran yang tinggi iaitu hampir RM 500  seekor. Kelah banyak tinggal di kawasan berarus deras.Makanan utama Kelah atau Empurau ini adlah buah-buahan sungai, tumbuhan sungai dan siput- siput kecil.Saiz nya ada yang mencapai belasan kilo terutama dikawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.


 Di sini aku ada mengambil potongan dari beberapa sumber mengenai Kelah.

Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.


Terdapatnya banyak jenis ikan kelah:

 Genus Tor:

  • Mahseer Sirip Merah (Red-finned Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)
  • Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)
  • Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)
  • Jungha: Tor progeneius (McClelland)
  • Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)
  • Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)
  • Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides
  • Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti)
  • Ulu Kemapan , Endau - Rompin National Park , Malaysia

 Genus Acrossocheilus:

  • Mahseer Coklat {Brown Mahseer): Acrossocheilus hexagonolepsis
Oleh kerana di ancam kepupusan, Kerajaan Malaysia mengambil tindakan dengan mewujudkan KAGUM dan projek aruham anak kelah di kawasan yang terpilih.                                                                    

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget