Showing posts with label Fishing reports. Show all posts
Showing posts with label Fishing reports. Show all posts

Thursday, September 15, 2011

Haruan merang...





 Setelah hampir 2 bulan menetap sementara study leave , akhirnya aku telah ditemukan dengan lokasi pancing yang menarik. Tidak di sangka setelah sekian lama berjinak2 dengan dunia memancing, aku tidak pernah langsung terbuka hati untuk mencuba memancing haruan. Setelah di ajak oleh rakan sekelas, aku di bawa ke sebuah lokasi lubuk haruan. Yang menakjubkan , lokasi ini berdekatan dengan pantai dan berkemungkinan besar air di kawasan ini merupakan air payau.



Lokasi lubuk haruan.

Kawasan habitat yang sesuai untuk haruan.
Bersih, kawasan inilah aku mendapat strike.
 Waktu petang agak redup , pada ketika itu hujan beru sahaja berhenti. Ketika baru sahaja sampai ke lokasi, Aku terus mencapai gewang untuk dicasting. Oleh kerana tiada katak plastik, janggut spinner atau popper mikro, aku terpaksa menggunakan segala gewang yang sesuai. Setelah lebih kurang 1 jam casting tampa jemu di sebabkan haruan menangkap dihdapan mata, akhirnya aku berjaya mendapat satu strike, haruan yang berukuran lebih kurang 300grm berjaya didaratkan. Cukup puas untuk kali pertama casting haruan.Mungkin luck fist attemp kot...hehehe..


Kawasan yang agak lapang, sesuai kepada kaki casting baru.
 
Haruan ini rakus membaham gewang 9cm!!

Gewang surecatch gobimaru dengan haruan.
Read more >>

Sunday, December 19, 2010

Dorado frenzy , Fujairah UAE.


Setelah beberapa kali terlepas peluang memancing di Fujairah, akhirnya peluang terhidang apabila MS Seri Balhaf bersauh di perairan Fujairah UAE. Perairan yang mempunyai kedalaman lebih kurang 60 meter menjadikan kawasan ini sesuai untuk kapal-kapal dagang bersauh sebelum meneruskan perjalanan.
lokasi fujairah di UAE.
Aku sempat mempraktikkan teknik jigging di mana menggunakan set PE 4 sebagai senjata.Kawasan ini ternyata menjadi lubuk jigging di mana pelbagai spesis pelagik yang berjaya didaratkan menggunakan taknik ini.Apa yang menarik mengenai spot ini adalah jumlah Dorado yang begitu banyak dan adakalanya kami dapat menaikkan sehingga 10 ekor dalam satu malam.               





 Selain Dorado , ada juga spesis yang lain seperti Baracuda yang banyak memutuskan tali kerana giginya yang tajam. Banyak juga jig yang lebur angkara kenakalan Baracuda. Bagaimana pun ada beberapa kes ikan misteri yang terlepas kerana terlalu besar dan rabut.
 Kebanayakkan jig yang di gunakan seberat 80 hingga 150 gram. Warna yang menjdi pilihan adalah hijau , unggu dan biru.





                      
Barracuda


      
   

 



















 jigging time!!!!!   





































Read more >>

Saturday, November 13, 2010

Soca Monarch 2010

Trinidad & Tobaggo merupakan salah satu negaradi kepulauan Caribbean.Pulau yang punuh dengan sejarah penjajahan Sepanyol,Portugal dan Inggeris ini mempunyai pelbagai budaya yang tersendiri. Port Of Spain adalah ibu negara untuk Trinidad &Tobaggo. Negara ini terbahagi dua kepulauan besar iaitu Pulau Trinidad dan Pulau Tobago yang membawa kepada nama negara tersebut.




Lokasi Port Of Spain.



MS Seri Balhaf pada ketika itu diarahkan oleh pihak penyewa untuk berlabuh di Port Of Spain. MS Seri Balhaf baru sahaja keluar dari Altamira Mexico setelah selesai operasi kargo. Ketika berlabuh , anak -nak kapal ambil kesempatan untuk memancing. Pelabagai jenis ikan dapat di naikkan di sini.Rata-rata ikan agak besar berskala 1kg-3kg. Yang menarik nya adalah  spesis tebal pipi yang bersaiz besar. Mungkin kerana kedudukan kepulauan yang bersebelahan lautan Atlantik yang membolehkan ikan ini membesar lebih besar dari di Malaysia.

MS SERI BALHAF

Pada satu malam ketika memancing berumpankan udang, Pancing yang di biarkan bersandar di tepi pagar kapal, hampir terbang kerana tarikan yang kuat dari dasar. Pergelutan dengan ikan mengambil masa lebih kurang 1 jam sebelum ikan menunjukkan muka. Tanpa di sangka seekor Pari yang besar terapung di permukaan. Pari tersebut diangkat menggunakan baskul disebabkan ketinggian kapal melebihi 10 meter.













Kepuasan menewaskan pari seberat 15 kg dengan menggunakan set 20lb sahaja amat mengujakan.







 



Heavy...pride and joy of Seri Balhaf....SALUTE!!!




Read more >>

Thursday, November 11, 2010

My first Giant Trevally.....2007

Setelah mendapat keputusan yang begitu baik ketika memancing di Bataan , Filipina, Destinasi yang berikutnya adalah kepulauan Cebu salah satu kawasan di Filipina. Cebu terkenal dengan destinasi pelancongan, airnya jernih sehingga boleh nampak anak-anak ikan bermain- main di dasar.Yang menarik mengenai Pulau Cebu ini adalah ianya merupakan salah satu destinasi perhentian Ferdinand Magellan ketika melakukan ekspedisi mengelilingi dunia buat kali yang pertama.

Lokasi Cebu .



Ketika kapal berlabuh di jeti Petronas Cebu, saya dpat melihat kejernihan air laut nya yang begitu bersih. Saya memancing sehingga terleka akan keindahan kepulauan tersebut. Sedang melakukan aktiviti casting di tepi kapal, tiba- tiba satu sambaran yang begitu kuat hingga menyebabkan rod 20lb saya menunduk seolah-olah tewas akan larian ikan misteri itu.Ikan tersebut terus memecut sehingga tali di gelendung seakan kehabisan. Saya hanya mampu bertahan dan tidak mampu mengangkat joran sehingga larian deras itu berhenti. Saya tidak sedari gelendung saya mengeluarkan asap mungkin disebabkan saki baki garam di celahan tali pancing. Dengan cermat saya mengepam ikan tesebut keatas,namun dengan berbekal kan joran 20lb agak sukar bagi saya. Setelah 1 jam bertarung baru lah ikan misteri tersebut menunjukkan muka tanda menyerah. Terkejut saya kerana ikan misteri tersebut adalah seekor gerepoh yang mana saya tidak pernah langsung berpeluang untuk memancing nya. Dengan bantuan rakan-rakan ,ikan tersebut berjaya dinaikkan dengan menggunakan bakul kerana ketinggian kapal yang sukar untuk menaikkan ikan.





Setelah di timbang, Gerepoh tersebut bersekala 8.5 kg. Sungguh puas menewaskan ikan sasaran dengan hanya menggunakan set 20lb.Gewang yang di gunakan pada waktu itu adalah Rapala Magnum Countdown berwarna biru.
 



88cm panjang





Read more >>

Bandang@Ladyfish

MT Konsep Maju yang juga merupakan kapal yang membawa kargo LPG.Kapal ini membawa kargo dari Bintulu ,Malaysia ke negara pengimport seperti Filipina,Indonesia ,Hongkong dan Singapura. Salah stau destinasi kapal ini turut mempunyai potensi yang baik untuk memancing menggunakan teknik casting. Lokasi yang dimaksudkan adalah Bataan,Filipina. Bataan merupakan tempat yang bersejarah untuk rakyat Filipina dimana, pada perang dunia ke 2, tempat ini merupakan benteng terakhir  tentera Amerika dan Filipina sebelum ditawan tentera Jepun. Lokasi ini juga terkenal dengan "Death March" di mana askar tawanan di bunuh kejam oleh tentera Jepun.

Lokasi Bataan, Filipina.




Filipina memang terkenal dengan sebuah negara kepulauan yang mempunyai pelbagai lokasi pelancongan yang menarik.Kedalaman air yang menjangkau melebihi 300 meter menyebabkan pelbagai ikan besaiz gadang yang menghuni persekitaran pulau tersebut. Ketika kapal menghampiri daratan pulau Luzon, kami boleh melihat nelayan-nelayan Filipina yang membawa ikan tuna didalam bot nelayan mereka yang mempunyai reka bentuk katamaran. Ketika kapal mula menghampiri jeti untuk berlabuh, Didapati segerombolan ikan Bulan(tarpoon) bermain-main di tepi kapal.Bermula cubaan memancing menggunakan taknik casting di mana penggunaan gewang selaman cetek untuk menduka ikan Bulan ini. Ketika tengah asyik melayan aksi Tarpoon yang rata rata bersekala 500g ke 1.5 kg, kami dapat melihat beberapa kelibat ikan yang panjang dan bergerak dengan deras di permukaan. Kami sangkakan Tenggiri, namun sangkaan kami meleset apabila salah seorang dari kami yang menggunakan popper terkena seekor bandang yang begitu panjang. Yang menariknya, bandang ini melakukan aksi akrobatik( mild seven) berkali kali sebelum di tewaskan. Kami terus menukar kepada penggunaan gewang popper. Double hook up sering berlaku yang menyeronokkan lagi suasana.Rata - rata pemancing menggunakan set 20pound, set yang agak sesuai memancing di sini. Ada juga beberapa kes popper di baham ikan misteri yang begitu kuat hingga menyebabkan mata kail lurus sebelum melepaskan diri.


Bandang yang tewas dengan popper
5kg Bandang yang tidak pernah melihat popper
Reka bentuk ekor yang berupa gunting mampu melakukan pecutan yang manakjubkan. Beberapa kali popper di larikan bandang kerana pecutan yang susah untuk dikekang dengan hanya menggunakan perambut 30 pound. Kami terpaksa meningkatkan kepada 50 pound untuk mengekang larian Bandang ini.



Popper yang calar balar di belasah bandang.
Setelah mendaratkan beberapa ekor Bandang, barulah kami di beritahu oleh penduduk setempat bahawa ikan ini adalah salah sati ikan kebangsaan mereka.Patutlah ikan ini begitu banyak dan rakus.Di harap suatu hari nanti dpat melakukan penggambaran memancing Bandang di Bataan.








 
Read more >>

Tuesday, November 9, 2010

MT Bunga Kekwa 2006

   MT Bunga Kekwa merupakan salah satu kapal milik MISC yang membawa kargo Gas Petroleum Cecair(LPG). Walaupun hanya membawa kargo untuk pelayaran di kawasan perairan semenanjung Malaysia, namun hampir semua pelabuhan mempunyai potensi memancing yang hebat. Antara pelabuhan yang menarik termasuklah Pelabuhan Petronas Sungai Udang Melaka, Pelabuhan Petronas Kemaman dan Pelabuhan Petronas Kerteh. Ramai anak anak kapal mengambil kesempatan untuk memancing terutama ketika mereka tidak bertugas. Rata rata teknik pancingan yang di lakikan adalah pancingan dasar. Umpan yang di gunakan adalah, hirisan sotong, udang segar dan hirisan ikan tamban.

Namun umpan yang banyak menghasilkan tangkapan yang baik adalah cangkukan anak ikan tamban yang di perolehi dari teknik apollo di sekitar jeti dan badan kapal. Anak anak ikan tamban ini mungkin menjadi habuan utama ikan ikan pemangsa yang hidup di sekitar jeti. Jadi memang sesuai ikan tamban ini di jadikan umpan yang terbaik untuk kawasan pancing.Hasil pancingan di sekitar jeti ada kalanya terdiri dari gred yang baik contohnya kerapu, siakap,jenahak dan senangin. Di sini di lampirkan beberapa foto tangkapan yang masih di simpan.

Senangin 4kg

 

Jeti Sungai Udang merupakan lubuk senangin
                              
 

Kerapu yang terpedaya dengan umpan anak ikan tamban
                                            
                                          
Kerapu 2.5 kg di masak stim
                                                                                  

Antara senangin yang di tangkap.


               

2kg Gemang di Kemaman
                                                                                                                                                                                                  


Pari Lang mempunyai daya juang yang kuat.
                                                
Rekod peribadi pada tahun 2006 Pari Lang berskala 10 kg.
                              
Pengalaman memancing di atas kapal ini memang menarik. Ramai di kalangan pemancing di kapal ini mempunyai pengalaman yang luas dan ada diantara meraka mempunyai bot persendirian. Sebahagian dari mereka berasal dari Kedah,Terengganu, Perak, Selangor dan Sarawak. Kami banyak berkongsi pengalaman dan teknik pancingan yang pelbagai.    
      
                                                                         


Read more >>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget