Sunday, November 28, 2010

Tapah @wallago attu






 Tapah @ wallago attu ,merupakan ikan pemangsa air tawar. Tapah menghuni di sungai dan tasik di sekitar semenanjung , Sabah dan Sarawak. Tapah biasanya akan menghuni di dasar sungai atau tasik yang berlumpur. Ia akan sentiasa menunggu mangsa terutama anak- anak ikan untuk manjadi habuannya semasa di dasar.Pergerakan yang lembut dan perlahan ada kalanya mampu menyebabkan mangsa tertipu dan terperangkap.Saiz Tapah mampu membesar sehingga 2.4m dan boleh menyebabkan perahu terbalik apabila pemancing bertarung dengannya.

Pelbagai kisah yang dapat kita dengar
mengnai Tapah. Diantaranya adalah kemampuan seekor Tapah gergasi yang menyerang seekor anak kera yang bergayut di dahan pokok yang berjuntai berdekatan permukaan sungai. Kisah tersebut
menunjukkan betapa hebatnya Tapah menerbangkan diri untuk membaham anak kera tersebut. Dan pelbagai lagi kisah yang menarik mengenai kehebatan
Tapah ini. Dengan susunan gigi halus yang tajam dan kuat menunjukkan Tapah mampu memutuskan atau
mengoyakkan daging dengan mudah. Pelbagai teknik untuk memerangkap Tapah ketika memancing, antaranya  adalah dengan mengikat seekor anak itik sebagai umpan. Namun teknik tersebut agak melampau.
Sekarang dengan adanya teknik menunda gewang yang semakin popular, ada beberapa kumpulan pemancing terutama dari Sarawak yang banyak menumpaskan Tapah dengan teknik ini. Kepada pemancing ekstrem yang meminati pancingan ikan besar memang sesuai menjadikan ikan ini sebagai ikan sasaran.























 Video aksi ikan terhandal Malaysia : Tapah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget