Tuesday, November 30, 2010

Belida@chitala chitala






Belida@chitala chitala merupakan spesis ikan air tawar yang tidak asing di negara kita. Kelembutan pergerakan Belida menarik minat ramai peminat akuarium untuk membelanya. Belida boleh didapati hampir semua sungai air tawar di semenanjung dan kawasan borneo.Ia turut menghuni di kawasan lombong dan tasik bekongsi habitat dengan pemangsa ganas seperti Toman.Belida juga di kategori sebagai



 ikan pemangsa dimana memakan anak-anak ikan dan spesis ikan kecil serta serangga-serangga kecil.

Kelembutan pergerakan dan sentiasa bersembunyi di celah kayu atau batu menjadikan ia mudah menyerang hendap terhadap mangsa. Kalau di lihat di sungai-sungai, kadang-kadnag boleh dilihat kelibat Belida melakukan libasan sama ada untuk mendapatkan udara atau menyerang mangsa yang berada berdekatan di permukaan.Kehebatan Belida melakukan akrobatik ketika bertarung  menjadi ketagihan sebilangan pemancing. Daya juangnya cukup kuat da sering kali menyebabkan pemancing berputih mata terutama ketika melakukan aksi akrobatik sebaik sahaja terkena cakukan mata kail.Isinya sedap dan manis,namun jumlah tulang halus yang banyak menyebabkan tidak menjadi pilihan utama untuk dimakan.Teknik pancingan yang biasa digunakan adalah pancingan berumpankan anak terbol atau seluang yang menjadi makanan utama Belida.Sejak pancingan gewang semakin popular akhir-akhir ini, Belida mudah terjerat terutama menggunakan gewang selaman dalam atau soft plastic. Kaedah pancingan layang turut berkesan kerana fly yang mirip serangga mampu memperdaya sang Belida ini.



Saiz belida adakalanya mencecah sehingga 1meter panjang. Kepuasan untuk pemancing bila menewaskan Belida dengan joran aksi ringan.








 Aksi ikan terhandal malaysia: Belida.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget