Wednesday, December 1, 2010

Toman@Channa micropeltes


Toman@Channa micropeltes spesis pemangsa yang tidak asing lagi dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Toman juga hidup bertaburan di beberapa buah negara di Asia Tenggara. Toman terkenal dengan sikap yang ganas dan kuat.Kepala yang berupa ular menyebabkan di gelar snakehead bagi orang eropah dan Amarika. Toman hidup di kawasan air tawar di mana airnya tidak deras dan tenang.Di semenanjung, Toman banyak mendiami kawasan tasik atau lombong.

Di sebabkan kawasan lombong dan tasik yang tidak berarus, Toman menjadi lebih garang dan angkuh.Diet Toman adalah ikan ikan kecil dan yang paling
 diminati adalah anak ikan keli.Dengan susunan gigi yang tajam dan kuat, Toman mampu mengoyakkan daging dan memutuskan apa yang digigitnya. Ade beberapa kes berlaku di mana Toman memutuskan jari seorang pemancing. Oleh itu, individu dinasihatkan supaya tidak membiarkan jari bemain-main di gigi air terutama apabila anak-anak Toman berada di sekitar. Toman betina sentiasa mengawasi anak-anaknya mengelak daripada diserang oleh ikan pemangsa yang lain. Ketika mengawal anak nya, Toman akan menyerang apa saja yang mendekati anak-anaknya.Toman mampu membesar sehingga 1 meter panjang dan 15kg berat. Oleh kerana keganasan Toman yang mampu mematahkan joran, ia menjadi diantara sasaran utama kaki pancing.Namun isinya tidak sesuai untuk di makan kerana liat dan kurang enak.Pelbagai teknik digunakan
 untuk menjerat Toman. Antara teknik yang menarik adalah penggunaan hati ayam.Ini adalah kerana hati ayam boleh mengeluarkan bau darah yang kuat.Umpan anak keli juga mujarab untuk memerangkap Toman kerana keli adalah antara diet utamanya. Bagaimana pun, penggunaan gewang mampu memperdaya Toman terutama gewang permukaan. Toman tidak boleh menahan geram jika pemancing menggunakan teknik menggewang yang baik. Pertempuran antara pemancing dan Toman memang selalunya sengit,terutama bagi pemancing yang suka menggunakan set pancingan yang agak ringan.Selalunya Toman akan mencari kayu atau reba sebelum melarikan diri.Perkara sebegini menyebabkan pemancing berputih mata apabila
 tali yang digunakan tersangkut pada kayu atau reba.Sejak akhir akhir ini, Toman telah dijumpai tinggal dikawasan air payau di mana berkongsi habitat dengan siakap dan beberapa spesis air payau dan air masin yang lain. Agak mengejutkan apabila ikan air tawar mampu hidup di air masin.Spesis toman air masin boleh di temui di beberapa kawasan di Johor seperti Sg Lebam dan Sg Sedili.



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget