Monday, December 20, 2010

Jigging



Vertical jigging, deep jigging, Japanese jigging, extreme Jigging…Pelbagai jolokan digunakan untuk menggambarkan kaedah pancingan yang semakin popular pada hari ini yang bermula di Jepun dan semakin berkembang ke seluruh Asia, Oceania dan Eropah. Tidak menghairankan pada hari ini orang-orang Amerika pun mula berjinak-jinak dengan aktiviti jigging ekstrim ini.

Sebenarnya jigging merupakan antara kaedah memancing yang tertua yang telah diamalkan di Barat. Orang-orang Jepun yang terkenal dengan budaya rekacipta mereka telah membuat innovasi terhadap teknik ini. Mereka telah menghasilkan pelbagai produk baru yang asasnya adalah penggunaan set pancing yang ringan tetapi boleh menewaskan gergasi-gergasi bagak. Dahulu, gergasi samudera seperti tuna sirip kuning (YFT), tuna gigi anjing (Dogtooth Tuna), gerepoh gergasi (GT), aji-aji dan sebagainya hanya berjaya ditewaskan dengan menggunakan set pancing yang kasar. Penggunaan set yang kasar ini tidak memberi peluang kepada mereka yang berbadan kecil terutamanya orang-orang Asia kerana kita terpaksa berhempas pulas untuk mengendalikan perlatan tersebut. Ini membunuh keseronokan memancing. Sebaliknya penciptaan baru peralatan ringan tetapi berkuasa tinggi oleh orang-orang Jepun telah membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja terutamanya masayarakat Asia yang berbadan kecil untuk menikmati keseronokan sukan memancing ekstrim atau big game. Saya yakin sekiranya kepingan besi yang dikarau laju oleh anda disergah mangsa, anda pasti akan jatu cinta dengan teknik berjigging.

Kedah Berkesan Untuk Jigging

Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu. Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.

Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget