Thursday, December 2, 2010

Patin@pangasius pangasius






Patin@pangasius pangasius, spesis yang banyak mendiami di sekitar kawasan air tawar di Malaysia. Patin terkenal dengan keenakan isinya yang menyebabkan harga di pasaran agak tinggi.Berikutan permintaan yang tinggi, banyak pengusaha penternakan ikan air tawar melaburkan modal yang agak tinggi supaya dapat membekalkan ikan Patin. Sekarang kita dapat melihat banyak kolam kolam penternakkan ikan Patin. Tidak ketinggalan juga kolam pancing air tawar yang meletakkan Patin antara sasaran utama. Walaupun isinya enak, namun Patin menjadi sasaran pemancing tegar air tawar kerana daya juanggya amat tinggi.

Patin boleh membesar sehingga belasan kilo, jadi memang praktikal Patin mempunyai peminat yang
tersendiri dikalangan pemancing.Patin merupakan ikan yang memakan buah,cacing ,serangga dan siput siput kecil.Patin banyak tinggal di sungai air tawar yang mempunyai arus yang perlahan.Patin juga boleh didapati di lombong-lombong dan juga tasek.Di semenanjung, Patin banyak tinggal di Sungai Pahang dan beberapa sungai di negeri yang lain.Temerloh , telah di label sebagai bandar Patin disebabkan oleh jumlah Patin yang tinggi di kawasan itu, Patin masak lemak cili api menjadi menu popular di Temerloh.Keunikan ikan ini dan kenakkan nya menjadi salah satu ikan air tawar yang popular dikalangan masyarakat di Malaysia.D inegara jiran seperti Thailand dan Myanmar, Patin turut mempunyai populasi
yang tinggi.Di Thailand contohnya, kolam pancing yang terkenal telah menggemparkan dunia dengan pancingan Patin bersaiz monster. Begitu ramai pelancung memancing di sana unutk mendapatkan kepuasan memancing Patin mega. Di Myanmar pula, sungai Mekong, adalah salah satu sungai yang mempunyai jumlah Patin gergasi yang dinamakan Patin Mekong.Patin di kawasan ini amat besar dan lebih kuat berbanding patin di Malaysia.Teknik pancingan Patin di Malaysia adalah menggunakan teknik pancingan dasar.Antara umpan-umpan yang biasa digunakan adalah dedak,buah ara dan hirisan kelapa sawit.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget