Monday, December 13, 2010

Pari Asam Pedas




Memancing Pari memang seronok, terutama ketika bertarung dengan Pari yang bersaiz gadang. Tetapi ada lagi yang menarik mengenai Pari adalah keenakan isinya dalam masakan terutama asam pedas. Lazimnya asam pedas terkenal di Negeri Melaka di mana resepi asam pedas agak berlainan dan sedikit menarik. Di Johor, asam pedas terkenal di daerah Muar di mana Pari dan Mayong menjadi pilihan utama. Resepi asam pedas Muar agak berlainan sedikit berbanding resepi dari Melaka, namun bagi aku keeenakan kedua-dua resepi asam pedas ini menjadi pujaan.

Disini aku tempelkan bahan-bahan dan cara-cara menyediakan asam pedas yang di sediakan oleh isteriku....



Bahan2 nye:
2 keping ikan pari

Bahan kisar: 
1 mangkuk lada kering
3 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
1 inci halia

1 mangkuk air asam jawa
1 sudu lada hitam
daun kesum
minyak untuk menumis

Cara2 nye :

1. Pastikan minyak betul2 panas. tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa.. biar mendidih.
3. Masukkan daun kesum biarkan dih sikit pastu masukkan ikan n lada hitam.
4. Ok da siap...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget