Tuesday, December 28, 2010

Satu Malaysia..

Laungan satu Malaysia dah makin kuat tersebar di seluruh  pelusuk negara. Satu Malaysia di ilhamkan oleh Perdana Menteri sebagai konsep kepimpinan beliau. Seronok kita dengar sorakan padu rakyat Malaysia setiap kali melaungkannya. Tapi ape yang boleh dikaitkan dengan memancing? tentu sukar nak di terjemahkan apabila aktiviti hanyir ini di ketengahkan dalam konsep 1 Malaysia.
Apa yang aku dapat lihat, ketika memancing di kolam, pemancing Cina,Melayu dan India tidak ada masaalah persilisihan atau perbezaan kaum ketika memancing. Malah pada ketika itu tidak nampak perbezaan, yang aku nampak hanyalah satu persamaan iaitu mereka adalah pemancing. Mereka tekun, diam dan tenang ketika memancing. Hanya satu dalam pemikiran mereka adalah, memancing ikan di dalam kolam...Hmmm diantara berpuluh yang hadir hanya satu pemikiran...pemikiran yang sama...Jadi memang kene dengan konsep 1Malaysia.
Dari renungan aku di kolam tadi , memang ada wujudnya konsep 1 Malaysia didalam sanubari setiap pemancing.
Jadi, kepada individu yang menyangka hobi atau minat memancing ini adalah sesuatu yang sia-sia, ternyata tanggapan anda jauh tersasar...
Walaupun pandangan aku tercetus hanya dengan seketika, pendapat aku menyatakan, aktiviti memancing, pemancing,ikan yang di pancing dan tempat memancing tidak boleh di ketepikan sama sekali dalam masyarakat. Malah kita perlu mengangkat lagi martabat sukan memancing ini ke atas satu aras yang lebih tinggi dari masa ke semasa.
Oleh itu perlu lah kita berama-sama menjaga dan memelihara minat memancing ini supaya tidak pupus dan ada kesinambungan ke generasi yang akan datang.Supaya generasi yang akan datang dapat merasakan konsep satu Malaysia dalam aktivit memancing ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget