Tuesday, December 14, 2010

1000 Pageviews




Tahun 2003, buat kali pertama berjinak-jinak dengan aktiviti hanyir. Gara-gara mencuba memancing ketika mengikut rakan-rakan memancing di Tanjung Langsat, aku terjebak setelah renggutan ikan Gelama sebesar 2 jari berjaya didaratkan.
Gelama yang kecil itu di tenung dan di belek-belek kerana seronok memancingnya buat pertama kali.Tidak sangka situasi itu telah menjadikan aku seorang peminat setia sukan memancing ini.Setelah peristiwa bersejarah dengan hanya mendaratkan ikan Gelama itu, aku mula membeli set pancing sendiri, dan kali itu, aku pula yang beria-ia mengajak rakan yang lain untuk pergi memancing.Kemudian selang beberapa tahun kemudian,aku mula membeli majalah memancing seperti Sirip dan Pancing yang semakin popular pada ketika itu.Aku mula belajar pelbagai teknik memancing yang aku tidak tahu sebelum itu. Forum-forum memancing yang semakin banyak umpama "pisang panas" menjadikan aku lebih berinformasi dan gairah dengan aktiviti memancing ini. Kini dengan pelbagai informasi yang aku pelajari dari majalah,forum,rakan-rakan dan beberapa 'sifu' telah membawa aku membina blog yang lebih berbentuk rencana ini.Matlamat utama aku membina blog ini adalah kerana minat yang mendalam sertasebahagian diari aku dalam pengembaraan memancng. Setelah genap sebulan membina blog ini , pelbagai sokongan dari isteriku,rakan-rakan serta pengunjung.Pada hari ini jumlah pengunjung mencecah 1000 orang menjadi ukuran pada aku sebagai tanda sokongan . Terima kasih pada semua pengunjung, dan aku mengucapkan selamat memancing.

1 comment:

  1. Well done...nice articles and stories...nice template too

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget