Friday, December 24, 2010

Braided line Vs Mono line

Kalau dah nama memancing , pasti kita tidak lupa mengenai talinya. Penggunaan tali memainkan peranan penting pada aktiviti mancing ini. Kesesuaian jenis tali banyak bergantung pada teknik pancingan dan situasi@ keadaan tempat memancing. Lazim nya ada dua jenis tali yang banyak di gunakan sebagai tali utama yang tersusun rapi didalam gelendung kekili , iaitu tali benang dan tali monofilament. Tali mono biasa dipanggil sebagai tali tangsi di mana banyak di gunakan oleh pemancing yang menggunakan teknik pancingan dasar dan hanyut. Manakala tali benang @ sulam lebih banyak di gunakan untuk teknik pancingan yang menggunakan umpan tiruan seperti Jigging, Lure Casting, Popping dan Pancing layang. Mengapa kedua-dua jenis tali ini di gunakan pada teknik tertentu? Di post ini kita akan bincangkan melalui catatan artikel di bawah:

MONOFILAMENT LINE

Kelebihan@Advantage
  • Mempunyai daya renggangan yang baik. Penting terutama menahan asakan ikan dengan memberi serapan tenaga dari ikan dan memberi ruang apabila tali di tarik dengan kekuatan yang tinggi.
  • Halimunan didalam air. Satu kelebihan kerana sesetengah jenis ikan agak culas apabila dapat melihat tali didalam air. Sifat halimunan ini penting untuk pancingan dasar.
  • Mudah diselenggarakan. Mudah di cuci selepas memancing, terutama pancingan air masin yang akan menyebabkan selaput garam terbentuk di celah-celah tali pancing
  • Tiada unsur serapan air. Tali tidak akan menjadi lebih berat.
  • Mampu menahan geseran pada kayu,batu dan teritip.
  • Tidak mudah kusut.
Keburukan@ Disadvantage
  • Mempunyai diameter yang besar. Memerlukan gelendung yang besar untuk muatan tali yang lebih panjang.
  • Daya renggangan yang tinggi, namun kurang kuat jika menempuh asakan yang lebih lama.
  • Sensiviti yang lemah. Tidak sesuai untuk pancingan Jigging dan Casting.
  • Kerana mempunyai diameter yang besar, tidak boleh melakukan lontaran yang lancar dan tepat.
  • Hook up yang tidak baik dan mudah rabut.

BRAIDED LINE

Kelebihan@Advantage
  • Mempunyai diameter yang jauh lebih halus membolehkan jumlah tali yang lebih untuk gelendung yang kecil
  • Lebih sensitif di mana amat penting untuk teknik Jigging dan Casting ketika mempersembahkan gewang dan jig.
  • Kuat, mampu mengekang larian ikan untuk jangka masa panjang.
  • Diameter yang halus membolehkan lontaran yang jauh dan lancar. Penting untuk teknik Casting dan Popping. 
Keburukan@Disadvantage
  • Kuat , tetapi tidak mampu menahan tenaga secara tiba-tiba. Perlu di sambung kepada Shock Leader.
  • Tiada sifat halimunan yang menyebabkan ikan culas dengan keadaannya. Perlu disambungkan Shock Leader Floruocarbon yang bersifat halimunan yang lebih baik.
  • Mudah kusut dan sukar untuk di leraikan yang membawa kepada potongan pada tali yang kusut.
  • Perlu di cuci dengan kerap terutama terkena air masin. Dengan hanya di bilas dengan air tawar tidak mencukupi dan menyebabkan tali mudah reput. Tali perlu lebih kerap di keluarkan untuk di cuci dan di jemur dengan cahaya matahari.
Dari catatan diatas, dapat menunjukkan serba sedikit perbezaan tali sulam dan tali mono dan penggunaannya.
Dari segi harga, kita dapati dengan jelas tali sulam jauh lebih mahal, akan tetapi faktor minat kepada teknik pancingan yang menjadi penyebab pemancing perlu menggunakan tali sulam.Akan tetapi tali mono yang nampak ketinggalan penggunaan dari segi teknik, ianya masih penting kerana masih banyak ikan yang memerlukan teknik pancingan dasar untuk menjeratnya.

2 comments:

  1. muy bonito el blog!!Enhorabuena!!
    Saludos desde España.

    ReplyDelete
  2. Mucho gracias sito!!! hahahaha
    thanx for commin' and commentas hehehe...
    Welcome to my blog and wish u a merry christmas!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Loading...

wibiya widget